14 May 2010

SALAM UKHUWAH - 'Setelah Kembali Dari Mesir'

Assalammualaikum..

Bersyukur kehadrat illahi atas kurniaan yang diberi. Syukur yang tidak terhingga kepada Maha Pencipta yang telah memudah dan melancarkan perjalanan juga selamat pergi dan pulang ke tanah air. Hiasilah bibir dengan basahan kalimah-kalimah suci tanda ingatan pada-Nya.

"Wahai tuhanku, ilhamkanlah aku supaya aku bersyukur akan nikmat-Mu yang Engkau kurniakan kepadaku dan kedua ibu bapaku, dan supaya aku tetap beramal soleh yang Engkau redhai; dan masukkanlah aku dengan limpahan rahmat-Mu dalam kumpulan hamba-hamba-Mu yang soleh"

(Al-Naml: ayat 19)

Sekembalinya Ustaz dari Mesir telah membawa pelbagai hasil bincangan untuk bakal student yang akan melanjutkan pengajian di Mesir. Berita yang menggembirakan bagi permohonan yang masih dalam kes 'Rayuan'. Alhamdulillah, penerimaan minima C atau C+ bagi subjek 'Core' iaitu B. Inggeris, Kimia, Fizik, dan Biologi namun minima C / C+ bagi subjek 'Core' mestilah tidak melebihi dari dua C/C+ . Itulah syarat yang diletakkan oleh pihak Universiti Mesir. Kita terpaksa akur dengan syarat-syarat ini. Bagi sesiapa yang tidak bernasib baik, mungkin rezeki anda tiada disana tetapi jangan berputus asa untuk mencapai impian anda.

Ustaz mengucapkan tahniah bagi sesiapa yang layak melanjutkan pengajian ke sana. Belajarlah dengan bersungguh-sungguh. Jadilah insan yang berkualiti yang akan menjadi bakal pemimpin negara. Jika bukan pemimpin negara sekalipun, boleh menjadi pemimpin keluarga dan juga orang sekeliling kita. Menjadi insan berkualiti dan islam yang bermutu. Di akhir kata, ingatlah pada Maha Pencipta, nescaya Dia tidak melupakan kita sekelumit sekalipun.


Wassalam

05 May 2010

'MUSIM EXAM' KEMBALI

Assalammualaikum..

'Musim Exam' kembali menandakan pelajar perlulah membuat persedian yang rapi untuk menghadapi peperiksaan. Peperikasaan akhir tahun ini adalah yang terpenting kerana bukan sahaja untuk menguji kemahiran dalam pembelajaran yang telah diajar tetapi jua penentu untuk mendapatkan pinjaman bagi sesiapa yang memohon kepada JPA, MARA, Zakat Negeri ataupun Yayasan Negeri. Dengan ini, Ustaz menasihatkan pelajar supaya tenang menghadapi ujian. Perbanyakkan membaca Al-Qur'an dan rajin melakukan solat Hajat. Setelah berusaha perlulah seiring dengan Tawakal kepada yang Maha Esa semoga dipermudahkan segala urusan didunia dan akhirat. Ustaz mendoakan kejayaan buat anda semua.

"Wahai Tuhan kami, jangalah Engkau memalingkan hati-hati kami setelah Engkau memberi petunjuk kepada kami dan berilah kepada kami rahmat-Mu; bahawasanya Engkaulah tuhan yang sangat banyak pemberian-Nya"
(Ali 'Imran : ayat 8)

SALAM UKHUWAH - 'Keberangkatan Ke Mesir'

Assalammualaikum.

Kesibukan masa sering berlaku dan disebab ini juga, jarang sekali untuk Ustaz merencanakan aktiviti semasa yang dilakukan oleh Akademi Al-Qur'an - Medic Malaysia (AQM). Permohonan pelajar untuk melanjutkan pengajian ke Timur Tengah melalui AQM, Alhamdulillah, mendapat sambutan yang baik.

Keberangkatan ke Mesir kali ini adalah atas pengurusan kemasukan pelajar baru, 2010/2011. Untuk melincinkan pengurusan pelajar yang akan menyambung pengajian ke sana, dengan senang hati Ustaz sekali lagi menjejak kaki ke sana dan samping itu juga, Ustaz akan melawat pelajar-pelajar yang telah pun berada disana.

Seperti yang kita sedia maklum kelayakan terbaru SPM yang perlu untuk melanjutkan pengajian ke Mesir dalam bidang Perubatan, Pergigian mahupun Farmasi perlulah minima 4B atau B+. Rayuan bagi sesiapa yang mendapat C+ dan kebawah akan dibuat.

Jadual Ustaz disana telah pun diisi dengan perjumpaan bersama Dekan Falkulti Universiti, lawatan ke universiti, pertemuan dengan Sheikh-ul Azhar dan beberapa aktiviti yang melibatkan pelajar.

Keberangkatan Ustaz kali ini bersama dengan Pendaftar AQM, Encik Shirajuddin sirat. Semoga pengurusan untuk pelajar tahun ini akan menjadi mudah. Bersama-sama kita mendoakan kebaikkan buat sesama sendiri.

Sebarang keputusan mengenai hasil perbincangan yang dilakukan akan dimaklumkan kemudian.


"Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada hati yang tidak khusyuk, doa yang tidak didengar, jiwa yang tidak pernah puas dan daripada ilmu yang tidak bermanfaat. Dan aku berlindung kepada-Mu daripada empat perkara tersebut"

11 February 2010

Perutusan Ustaz Razali Kepada Semua Siswa-Siswi AQM

Assalamu`alaikum Wr. Wb.



1. Diharap semuanya dalam keadaan baik, belajar dengan tekun.



2. Tolong ambil perhatian kepada mereka yang belum mendapat tajaan, sekarang ini JPA sedang buka permohonan tajaan.



3. Yang mana memohon MARA, segera bertanya kepada MARA. Kalau ditolak permohonan sebelum ini, segera buat rayuan. Kepada sesiapa yang belum membuat permohonan kepada MARA, segera membuat permohonan. Harap bertindak cepat.



Sekian dulu. Wassalam.



Ustaz Razali Nawawi

Pengerusi AQM

30 December 2009

Salam Tahun Baru

Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah syukur kita pada Allah SWT, setelah hampir 2 minggu Muharram 1431H menjelma, kini Tahun Baru Masihi 2010 pula menyusul. Yang pastinya, hari-hari yang berlalu perlu dijadikan iktibar untuk diteladani atau disempadani sebagai persediaan menghadapi masa hadapan. Pelajaran daripada kesilapan menjadi batu loncatan kebangkitan, pencapaian kejayaan menjadi panduan dan harus dikongsikan.
Manakala hari-hari yang bakal dilalui menjanjikan pelbagai peluang dan ruang, pelbagai pilihan dan ikutan. 'Benar' atau 'Salah', 'Menang' atau 'Kalah' bukan persoalan. Apa yang penting, kita perlu lakukan yang terbaik, selebihnya berserah pada Allah SWT.

Para pelajar sekalian,
Sesungguhnya, sebaik-baik amal yang baik adalah amal yang istiqomah. Istiqamah dalam erti kata amalan baik mambawa maksud melakukannya berulang-ulang kali (istimrar) dalam suatu jangka masa tertentu yang bersesuaian dengan amalan tersebut. Contohnya, amalan puasa sunat setiap Hari Isnin & Khamis. Kami yakin ramai pelajar yang melakukan amalan sunat tersebut tetapi kurang istiqomahnya. Ini merupakan contoh dan bukan bermaksud untuk menegur sinis.
Kepada para pelajar yang kerap menjalankan ibadat puasa sunat, syabas dan tahniah kami ucapkan dan didoakan moga amalan tersebut dapat membantu perjuangan anda untuk berjaya dalam pelajaran di bidang kedoktoran. Manakala para pelajar yang masih belum atau jarang melakukan amalan tersebut bolehlah meletakkan keazaman tinggi bersempena awal tahun untuk istiqomah melakukannya, insyaAllah.

Daripada Abu `Amru ( atau digelar juga Abu `Amrah ) Sufian ibn Abdullah r.a. beliau berkata: Aku berkata: Wahai Rasulullah! Ajarkan untukku dalam lslam suatu ucapan yang aku tidak perlu lagi bertanya kepada orang lain selainmu.
Baginda bersabda: Ucapkanlah! Aku beriman kepada Allah. Kemudian hendaklah engkau beristiqamah.


(Riwayat Muslim)

http://www.youtube.com/watch?v=ln9p3nG5lp4

Hadith tersebut mengajak kita menetapkan keimanan ke pada Allah SWT dan beristiqomah dalam melakukan amal ibadat sebagai manifestasi dari keimanan diri kepada-Nya.

Bersempena tahun baru ini, marilah sama-sama kita muhasabah kehidupan kita yang lalu. Tanyakan adakah diri ini sudah mengecap apa yang diazamkan pada awal tahun 2009 atau tahun-tahun sebelumnya? Tanyakan adakah istiqomah menjadi penegasan dalam melakukan amal ibadat?

Amalan istiqomah amat penting dalam kehidupan sebagai seorang pelajar kerana ia dapat membantu dalam proses pembelajaran dan kehidupan seharian. Dari Perbuatan menjadi Kebiasaan, Kebiasaan menjadi Amalan, Amalan menjadi Sikap, Sikap menjadi Tobi'ah (tebiat), Apabila sudah menjadi Tobiah, maka ianya bukan lagi suatu masalah atau asing dalam diri.

Maka saranan AQM-HQ:

1- Istiqomah dalam melakukan amal ibadat, bermula dengan ibadat wajib (solat berjemaah di awal waktu, dsb.) diikuti dengan amalan sunat (berpuasa, membaca Al-Qur'an, berzikir, dsb.);

2- Istiqomah dalam proses menjadi anak yang baik kepada keluarga dengan menjalankan amanah yang diberi sebagai pelajar di bumi Mesir;

3- Istiqomah dalam perjuangan untuk berjaya dalam pelajaran di Universiti dan menjadi pelajar terbaik.

"Allahummaltuf bina fi tayseer kulli 'aseer, fa inna tayseer kulli 'aseer 'alaika yaseer. Wa nas-alukal yusra wal mu-afaata fid dunya wal aakhirah"

Selamat Tahun Baru Maal Hijrah & Tahun Baru 2010. Massalaamah.



-Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP-AQM-HQ)



p/s: Artikel tambahan mengenai Istiqomah, layari:
http://aljawad.tripod.com/arsipbuletin/istiqamah.htm
http://www.mail-archive.com/mencintai-islam@yahoogroups.com/msg01474.html
http://blog.re.or.id/perintah-beristiqamah-dalam-agama.htm